Perak Hari Ini

Pidato Sempena Pertabalan Sultan Perak Beri Manfaat Kepada Pelajar

IPOH:Penganjuran pertandingan pidato dan penulisan esei yang berlangsung bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 Sultan Nazrin Shah  ternyata berjaya membantu para pelajar amnya untuk memahami peranan institusi Raja dengan lebih mendalam.

Menurut Mohamad Raziekh Md. Rizal penglibatannya dalam pertandingan akhir pidato memberikan pelbagai manfaat selain turut disifatkannya sebagai satu pertandingan pidato unik yang pernah disertainya.

Raziekh yang merupakan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar berjaya memenangi johan bagi kategori menengah atas pidato Bahasa Melayu dalam pertandingan akhir pidato yang berlangsung di Hotel Casuarina@meru malam semalam.

“Sangat gembira dan kejayaan ini berbaloi setelah bersusah payah berusaha mencari bahan dan mencari maklumat berkenaan institusi raja,” katanya.

Tambahnya lagi, pertandingan pidato tersebut cukup unik kerana memilih tema Institusi raja yang sememangnya berlainan dengan tema lain yang pernah disertainya sebelum ini.

PERAKTODAY1

“Pidato ini tambah menarik apabila saya perlu menitikberatkan pelbagai perkara dan elemen termasuk bahasa dan bahan-bahan maklumat,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi johan pemidato terbaik kategori Bahasa Inggeris R. Eashvar dari SMK St.Michael pula myatakan bahawa pertandingan tersebut banyak membantunya untuk lebih memahami mengenai institusi raja.

“Sultan Nazrin sememangnya seorang Sultan yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan baik dari segi akademik malah setiap ucapan serta saranan baginda menunjukkan intelek Tuanku yang amat luas,”katanya.

R. Eashvar turut berasa bangga kerana menjadi salah seorang rakyat kelahiran Perak setelah mengetahui sedikit sebanyak sejarah pemerintahan dan kredibiliti pemimpin institusi diraja Perak.

Pertandingan pidato dan menulis esei telah berjaya menarik lebih  430 pelajar bagi pertandingan pidato manakala 7,646 pelajar juga telah mengambil bahagian dengan menghantar karya esei masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");