Sukan Hari Ini

Polis ‘ekori’ pemain

Kontroversi dakwaan wujudnya kes mengatur perlawanan di Sukan SEA Singapura membabitkan Timor Leste mendorong pihak pengurusan pasukan bawah 23 tahun (B-23) mengawasi pergerakan pemain lebih ketat.

Selain pihak polis Singapura yang mengawasi hotel penginapan pasukan bola sepak yang bertanding, pihak keselamatan pasukan negara juga meletakkan anggota tambahan bagi melindungi pemain daripada dihampiri bookie.

Menurut Penolong Pengurus skuad B-23 negara Datuk Halim Muazzam Ayob, langkah berjaga-jaga itu penting dalam memastikan setiap pemain sentiasa fokus terhadap perlawanan.

“Buat masa sekarang langkah keselamatan diambil oleh pihak penganjur di mana kalau kita lihat di perkarangan hotel sekurang-kurangnya setiap masa ada 15 anggota polis mengawal semua pemain di situ.

“Kita kena faham, pemain kena berjalan sejauh 100 meter dari hotel untuk ke tempat makan jadi ramai anggota polis yang mengawal.

“Selain itu pihak keselamatan pasukan yang diketuai oleh Tuan Dali (Wahid) semalam (kelmarin) turut memasang ejen tertentu bagi mengawasi pemain kita,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Berita penahanan beberapa individu rakyat tempatan dan luar negara oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah CPIB serta beberapa pemain Timor Leste dipanggil memberi keterangan nyata menggegarkan Sukan SEA Singapura kelmarin.

Namun, Halim percaya, isu itu tidak menjejaskan sama sekali fokus anak buah Datuk Ong Kim Swee yang memulakan kempen Kumpulan B menentang Timor Leste semalam.

“Apa saja masalah yang dihadapi pasukan lain tidak kira Timor Leste, Indonesia, Vietnam, Thailand kita tak ambil peduli. Fokus pemain tak terganggu kerana kita sudah menyiapkan mental dan fizikal pemain lebih awal.

Di temasya sukan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

– http://www.hmetro.com.my/node/54667#sthash.pJHC3Ut4.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");