Perak Hari Ini

Pos Malaysia Lancar Sampul dan Setem Khas Sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35

IPOH: Pos Malaysia mengeluarkan sampul dan setem khas bersempena istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 yang akan dijual kepada orang ramai bermula 7 Mei ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Azlan Shahrim berkata, pelaksanaan rekabentuk setem khas ini juga merupakan satu sejarah baru buat Pos Malaysia .

“Buat pertama kalinya, setem kita menggunakan teknik gold-printing dan pengeluarannya juga dalam kuantiti yang terhad.

“Dalam sejarah Pos Malaysia yang berusia 200 tahun, ini adalah kali pertama kita menggunakan gold-printing,”katanya.

Tambahnya lagi, rekabentuk dan gambar yang digunakan pada setem berkenaan adalah mengikut pemilihan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri.

Pos Malaysia juga jelasnya, turut mengeluarkan sampul surat khas bersempena istiadat pertabalan kali ini.

“Namun, orang ramai yang membeli setem dan sampul ini, boleh mendapatkan cop bertarikh 6 Mei iaitu tarikh bersempena pertabalan Sultan Perak, atau dipanggil ‘First Day Cover’ hanya pada 7 Mei ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pameran Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu, di Dewan Bandaraya Ipoh, pagi tadi, di sini.

Katanya, orang ramai cuma memperolehi cop mengikut tarikh semasa pembeliaan jika membeli setem berkenaan selepas 7 Mei ini.

“Hanya pembeliaan di Pejabat Pos Kuala Kangsar dan pada pameran ini sahaja akan disediakan cop bertulis lokasi ‘Kuala Kangsar’, katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai juga boleh mendapatkan satu set keluaran khas, yang mengandungi setem, sampul surat dan folder pada harga RM71.60.

“Dalam set ini, kita akan berikan satu lembaran setem bernilai RM0.60, satu lembaran setem bernilai RM0.80 dan satu lembaran setem bernilai RM1.20.

“Setiap lembaran itu mengandungi 20 keping setem selain daripada dua keping sampul, lembaran mini dan juga fail,”katanya.

Menurutnya lagi, Pos Malaysia hanya mengeluarkan First Day Cover sebanyak 40,000 keping manakala setem bernilai RM0.60 pula sebanyak 400,000 keping.

“Untuk setem RM0.80 sen, kita mengeluarkan sebanyak 250,000 keping, manakala untuk setem RM1.20 pula sebanyak 220,000 keping.,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");