Isu Panas

PRK ROMPIN: ‘Belum pernah gagal mengundi’

Rompin: “Saya tidak ingat sudah berapa kali mengundi namun yang pasti tidak pernah terlepas menunaikannya,” begitu kata seorang penduduk Orang Asli Bukit Serok, di sini.

Lepok Bunga, 57, berkata, dia keluar mengundi seawal 8.30 pagi sebelum masuk bekerja sebagai pembantu kedai sejurus selepas itu.

“Harapan saya adalah calon yang dipilih boleh membantu kami masyarakat Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui di pusat pengundian itu di Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu rakannya Zuhara Katon, 36, berharap wakil rakyat yang dipilih boleh membantu masyarakat Orang Asli di situ yang belum memiliki rumah sendiri.

“Saya tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat kawasan ini sejak layak melakukannya,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");