Perak Hari Ini

Proton Pesona Terbabas, Mangsa Tersepit

IPOH:  Pemandu sebuah kereta jenis Proton Pesona gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan mengakibatkan penumpangnya turut cedera  dan tersepit dalam satu kemalangan jalanraya malam semalam.

Menurut sumber jurucakap Bomba dan Penyelamat kemalangan tersebut berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran dengan Lapangan Terbang Ipoh.

“Panggilan kecemasan diterima pihak kami sekitar jam 10.53 malam semalam,” katanya.

Tambah sumber, pihak anggota penyelamat telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khusus.

“Mangsa yang tersepit berjaya diselamatkan dan salah seorang mangsa telah dibawa oleh pihak Bomba menaiki EMRS ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya lagi.

IMG-20150531-WA0002

Manakala seorang lagi mangsa dibawa menaiki Ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Operasi tamat sekitar jam 11.41 malam yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Khairuddin Husein.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");