Jenayah

Rempuh treler: Pemandu, 45 penumpang terselamat

DUNGUN – Pemandu bas ekspres dan 45 penumpangnya terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di kilometer 357.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) dekat Ladang Limau Madu di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, bas yang penuh dengan penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Johor Baharu.

Bas yang dipandu Messuan Warsom, 38, dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler yang dipandu Zainudin Ismail, 50, yang membawa tiang konkrit.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, susulan kejadian itu tiga penumpang cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri.

“Ketika kejadian cuaca baik dan siasatan lanjut dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");