Perak Hari Ini

Rumah Keluarga OKU Musnah Terbakar

SUNGAI SIPUT:Tiga sekeluarga hilang tempat berteduh setelah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Suak dekat sini tengah hari tadi.

Menurut  Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Wan Jamil Wan Chik kejadian berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.

“Mangsa tiga orang sekeluarga merupakan keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu suaminya, Yan Md Jaan, isteri, Selasiah Jelani dan anak perempuan mereka laila Yan,” katanya.

IMG-20150526-WA0036

Dalam kejadian ini tiada Kecederaan dilaporkan dan kerugian yang dialami masih belum dipastikan.

“Hasil siasatan dapati punca kebakaran daripada tong gas di bahagian dapur telah mengakibatkan rumah tersebut hangus.

Rumah dua tingkat tersebut musnah hampir keseluruhannya iaitu pada bahagian bawah yang dibina daripada batu dan tingkat atas pula diperbuat daripada kayu.

IMG-20150526-WA0037

Bagaimananpun, Pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya sebentar tadi.

“Ketiga-tiga mangsa ditempatkan sementara di dewan orang ramai Kampung Suak dan urusan kebajikan mangsa telah di bantu oleh Jawatankuasa kampung (JKKK)  tersebut,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");