Sukan Hari Ini

Sanchez sumbat dua gol bantu Arsenal tundukkan Hull 3-1

SELASA, 5 MEI 2015 – 7:24AM HULL: Alexis Sanchez menyumbatkan dua gol untuk Arsenal sekali gus hampir pasti mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara buat kali ke-18 berturut-turut selepas menundukkan Hull 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal sembilan mata di depan kelab di tangga kelima, Liverpool yang masih berbaki tiga perlawanan.

Arsenal di tempat ketiga dengan baki satu lagi perlawanan dan memiliki perbezaan gol lebih baik.

Sanchez meletakkan Arsenal di depan selepas menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-28 dan Aaron Ramsey menambah gol apabila meluru bagi menyambut hantaran terus Santi Cazorla untuk merembat masuk pada minit ke-33.

Ramsey kemudiannya mencipta peluang untuk Sanchez pada saat akhir babak pertama dan penyerang Chile itu berjaya memperdaya penjaga gawang Steve Harper bagi menyepak masuk ke arah pintu gol yang terbuka.

Stephen Quinn menjaringkan gol tunggal Hull menerusi tandukan pada minit ke-57 tetapi anak buah Steve Bruce kekal satu mata daripada terjerumus ke dalam zon penyingkiran.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nyata berpuas hati dengan prestasi Sanchez yang dibeli dari Barcelona apabila penyerang Chile itu muncul pemain Arsenal pertama selepas Thierry Henry berjaya menjaringkan lebih 20 gol pada musim sulung bersama The Gunners dengan kini sudah pun menjaringkan 24 gol.

“Ya, dia melebihi segala jangkaan saya terhadapnya kerana pada mulanya saya menjangkakan dia lebih kepada untuk bertindak sebagai pencetus kepada jaringan berbanding sebagai penjaring utama.

“Terutama apabila saya meletakkan dia beraksi di posisi sayap yang mana peluang menjaringkan gol agak kurang.

“Tapi dia memiliki naluri dan kualiti dalam lariannya yang mana cukup baik untuk dia berada di posisi terbaik melakukan sentuhan penyudah,” kata Wenger. – AP http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");