Perak Hari Ini

“Saya mengagumi Tuanku sebagai seorang ilmuan” :Zambry

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir amat mengagumi keperibadian Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang begitu mencintai ilmu.

Beliau berkata, hubungan beliau dengan DYMM Tuanku tersebut semakin rapat dengan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan dan juga kepada buku.

“Hubungan ini bermula apabila saya berada dalam barisan exco pemuda, baginda juga mengikuti perkembangan anak-anak Perak sama ada dalam bidang ekonomi mahupun politik.

“Disitulah merupakan bermulanya babak-babak perkenalan dan oleh kerana Tuanku begitu mencintai ilmu, baginda sentiasa akan bertanya khabar termasuklah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga merupakan seorang pensyarah dan sering kali menulis untuk ruangan akhbar serta majalah berkata, hubungan tersebut semakin baik, mesra berikutan saling bertukar-tukar ilmu dan pandangan serta buku.

“Saya sering kali mengikuti perkembangan pemikiran Tuanku yang sudah pun memulai memberikan kuliah dan ceramah atau membentangkan titah-titah baginda sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Saya mengagumi Tuanku sebagai seorang ilmuan yang bukan dibuat-buat kerana baginda seorang ilmuan DiRaja,” ujar beliau.

Lantaran itu, Zambry berkata, dapat dilihat bahawa perkara-perkara yang dilontarkan oleh baginda sering kali diikuti dengan rapat oleh sekian rakyat jelata daripada semua kelompok masyarakat.

Katanya lagi, baginda sentiasa meletakkan tradisi keilmuan dan berbicara dalam kontek yang penuh objektif,kritikal dan tidak teragak-agak untuk mengatakan berkaitan sesuatu perkara.

“Sebagai contoh baginda begitu sedar akan cabaran yang dihadapi oleh institusi beraja yang tidak seperti dahulu dengan cabaran dunia yang semakin moden.

“Sistem demokrasi yang berkembang dengan setiap orang menyatakan secara terbuka pandangan-pandangan mereka.

“Baginda menyarankan untuk pihak istana dan institusi-institusi raja mengambil maklum agar akhirnya ia tidak akan ketinggalan dan tersimpan di muzium sahaja,” tambah beliau lagi.

Ujarnya, inilah antara buah fikir yang begitu penting dan dizahirkan oleh seorang raja terhadap institusi baginda sendiri dan merupakan sesuatu yang sewajarnya dihayati bersama-sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");