Jenayah

Selang nyawa tiga jam

BUKIT MERTAJAM – Polis menembak mati seorang ahli kumpulan kongsi gelap selang tiga jam selepas dia menembak mati seorang lelaki warga tempatan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Seri Rambai di sini, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Terdahulu, suspek menembak mati kenalannya ketika bergaduh di sebuah pusat hiburan dan kemudian melarikan diri serta bersembunyi di dalam kontena di depoh simpanan minyak yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis yang menerima laporan dari orang awam mengenai kejadian bertindak memburu suspek.

“Hasil risikan polis dan makluman awam, polis mengenal pasti kedudukan suspek bersembunyi dan berlaku tembak-menembak antara suspek dan polis kira-kira jam 5.30 pagi.

“Bagaimanapun usaha suspek untuk meloloskan diri gagal selepas ditembak mati oleh polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati berlaku tolak-menolak antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak melepaskan lima das tembakan terhadap mangsa.

“Mangsa juga didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala suspek mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");