Jenayah

Sempat tulis nota terakhir sebelum mati

GEORGETOWN? – ?Sempat menulis nota terakhir sebelum menemui ajalnya pagi tadi. Nota pertama: “Sekiranya apa-apa berlaku, jangan buang masa dan duit untuk selamatkan? aku.

Aku rela mati daripada menghabiskan wang?. Berikan semua wang kepada dua anak? aku?”.

?Nota kedua: “Bakar mayat aku dan bukan ditanam”.

Itulah pesanan terakhir seorang wanita berusia 56 tahun yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 17 sebuah flat di Jalan Paya Terubong, pagi tadi.

Mangsa maut serta merta apabila mengalami kecederaan teruk di seluruh tubuhnya dalam kejadian di Marina Tower kira-kira jam 8.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh ?kakitangan ? ambulans yang tiba selepas kejadian itu.

?Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 17 ketika memanjat dinding menggunakan kerusi kayu yang diletakkan di tepi? dinding.?”?

Berdasarkan percakapan anak mangsa, ibunya tinggal berseorangan di rumah berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati, pintu rumah berkunci. ?Dalam saku seluar sebelah kanan mangsa?, polis menjumpai dokumen pengenalan diri berserta dua keping nota?,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, ?setakat ini, tiada ?tanda atau kesan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");