Isu Panas

Serap kos GST langkah tepat

PASIR MAS – Langkah kerajaan Kelantan untuk menyerap kos cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di 10 pihak berkuasa tempatan di negeri ini disifatkan sebagai satu langkah tepat.

Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah berkenaan membuktikan bahawa kerajaan Kelantan cakna kepada rakyat sekalipun berdepan dengan kekangan kewangan yang terbatas.

“Langkah ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan keseluruhannya memandangkan cukai dikenakan oleh kerajaan Malaysia itu amat membebankan rakyat,” katanya demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan di Masjid Tempoyak, Bunut
Susu di sini semalam.

Hadir sama, Adun Tendong, Rozi Muhammad.

Menurutnya, sekalipun bebanan tambahan sekitar RM2.4 juta terpaksa ditanggung oleh Kelantan ekoran pengumuman ini, namun kesediaan kerajaan negeri untuk menyerap kos ini wajar diberikan pujian.

Katanya, ini merupakan satu pengorbanan cukup besar kepada rakyat yang telah memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Pas untuk mengurus tadbir negeri ini.

“Pemimpin-pemimpin BN sewajarnya mencontohi kesediaan kerajaan Kelantan ini daripada terus-menerus menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah,” katanya.

Beliau berkata, langkah berkenaan juga secara tidak langsung membayangkan kemampuan Pas dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini dengan tidak bergantung kepada GST sebagai sumber pendapatan negara.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");