Sukan Hari Ini

Serena lebar rekod tanpa kalah 22 perlawanan musim ini

MADRID: Pemain tenis nombor satu dunia, Serena Williams melebarkan rekod tanpa kalahnya musim ini kepada 22 perlawanan selepas mudah menewaskan Sloane Stephens 6-4, 6-0 untuk melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Madrid, awal pagi tadi.

Williams belum pernah ditewaskan di ibu negara Sepanyol sejak tahun 2010 dan tidak pernah dimalukan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat itu untuk dia mara ke kelompok 16 terakhir hanya dalam tempoh sejam di atas gelanggang.

Juara 19 kali Grand Slam itu bakal berdepan Victoria Azarenka atau Ajla Tomljanovic pada aksi pusingan ketiga, esok.

“Dia (Stephens) jenis pemain yang kental. Saya tak pernah menang 6-0 ke atasnya sebelum ini dan tak rasa boleh mengulanginya lagi selepas ini.

“Hari ini saya berkata kepada diri sendiri, ‘Wah, ini antara sebab kenapa saya sukakan permukaan gelanggang seperti ini’.

“Ia membolehkan saya mudah mendapatkan mata dan dapat mempamerkan permainan saya. Saya cukup sukakan aksi di gelanggang tanah liat,” kata Williams.

Sementara itu, Caroline Wozniacki menempah pertemuan pusingan ketiga dengan Agnieszka Radwanska selepas melakukan permulaan baik menewaskan pemain dari pusingan kelayakan, Christina McHale 7-5, 6-0. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");