Perak Hari Ini

Setem Sempena Pertabalan Sultan Perak Ke-35 Dapat Sambutan

KUALA KANGSAR: Orang ramai ternyata tidak mahu melepaskan peluang bagi mendapatkan koleksi sampul dan setem khas ‘first day cover, bertarikh 6 Mei sempena istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang akan dijual kepada umum bermula hari ini.

Menurut tinjauan Peraktoday.com.my ke lokasi Pejabat pos Kuala Kangsar mendapati orang awam tanpa mengira kaum telah beratur panjang bagi membeli setem tersebut sejak 6.30 pagi tadi.

PERAKTODAY2

Lebih menarik kebanyakkan mereka sanggup datang dari jauh termasuk dari Pengkalan Hulu untuk tidak melepaskan peluang  memiliki koleksi terhad berkenaan.

Abdul Zabar Kamaludeen, salah seorang pengunjung yang ditemui merasakan peristiwa pertabalan sultan Perak ke-35 semalam menjadi detik bersejarah dan sukar untuk dilupakan.

“Ianya merupakan satu sejarah dan sebagai anak Perak saya tidak mahu melepaskan peluang memilikinya,” katanya.

Sementara itu menurut Kuan Wai Man pula, koleksi berkenaan merupakan koleksi yan unik dan menjadi satu kerugian  jika tidak memilikinya.

Terdahulu, buat pertama kalinya Pos Malaysia mengeluarkan koleksi setem dan sampulnya menggunakan kaedah gold printing.

PERAKTODAY1

Manakala rekabentuk dan gambar yang digunakan pada setem berkenaan adalah mengikut pemilihan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri.

Bagi orang ramai yang membeli setem dan sampul pada hari ini sahaja berpeluang untuk mendapatkan cop bertarikh 6 Mei iaitu tarikh bersempena pertabalan Sultan Perak, atau dipanggil ‘First Day Cover’.

Hanya pembeliaan di Pejabat Pos Kuala Kangsar dan pada pameran Pameran Gambar bersempena pertabalan yang berlangsung di Dewan Bandaraya Ipoh kini sahaja hanya menyediakan cop bertulis lokasi ‘Kuala Kangsar’.

Orang ramai juga boleh mendapatkan satu set keluaran khas, yang mengandungi setem, sampul surat dan folder pada harga RM71.60.

Pos Malaysia juga hanya mengeluarkan First Day Cover sebanyak 40,000 keping manakala setem bernilai RM0.60 pula sebanyak 400,000 keping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");