Sukan Hari Ini

Sukan SEA: Pemain Kreatif Pilihan Kim Swee

PETALING JAYA: Pemain yang mampu beraksi di lebih dari satu posisi akan diberi keutamaan dalam pemilihan pemain skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara yang akan beraksi pada kejohanan Sukan SEA yang akan berlangsung di Singapura pada 5 Jun ini.

Ketua Jurulatih B-23 Datuk Ong Kim Swee berkata, pengalamannya pada dua edisi Sukan SEA sebelum ini menjadi elemen utama dalam pemilihan pemain.

“Pemain-pemain yang mampu beraksi dalam beberapa posisi akan menjadi keutamaan bagi saya dalam pemilihan pemain.

“Daripada pengalaman saya pada dua edisi Sukan SEA yang lalu, kami menghadapi banyak masalah kecederaan jadi pemain yang mampu bermain dalam dua posisi amat penting.

“Kita mempunyai pemain seperti Saarvindran, Syahrul Azwari, serta Faizat Mohamad Ghazali yang mampu bermain di posisi penyerang,” kata Kim Swee.

Dalam pada itu, Mohamad Fandi Othman telah dilantik sebagai ketua pasukan manakala Mohamad Amer Saidin dan Gary Steven Robbat dilantik sebagai penolong ketua pasukan.

Kim Swee memberitahu pemilihan ketua pasukan adalah berdasarkan pengalaman pemain ketika beraksidi Sukan SEA sebelum ini.

“Fendi telah beraksi bersama pasukan Harimau Muda dalam tempoh yang lama sama seperti Amer dan Gary.

“Mereka juga mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja di Sukan SEA malah pada Sukan Asia juga,” katanya lagi.

Pasukan negara diundi bersama Thailand, Vietnam, Laos, Brunei, dan Timor Leste dalam saingan Kumpulan B.

Barisan pemain –

Kumaahran Sathasivam, Mohd Farhan Abu Bakar, Syahrul Azwari Ibrahim, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Adam Nor Azlin, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (Harimau Muda).

Shahrul Mohd Saad (Felda United FC), Muhammad Syazwan Tajudin, Muhammad Syafiq Ahmad, Mohamad Firdaus Muhamad (Kedah), D. Saarvindran dan Matthew Davies(Pahang).

Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor), Gary Steven Robbat, Mohamad Amer Saidin dan Mohamad Fandi Othman (Johor Darul Ta’zim), Mohammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (Perak)-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");