Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Melawat Pusat Media

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat meninjau pusat media yang dibuka sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 di sini hari ini.

Baginda berangkat tiba sekitar jam 2.30 petang tadi dan turut beramah mesra bersama pengamal media yang bertugas sepanjang istiadat pertabalan berlangsung.

Pusat Media tersebut yang dibuka di Dewan Serbaguna, Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), di sini telah disediakan oleh Jabatan Penerangan Perak dan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam mengikut keadaan semasa, setiap hari sehingga 17 Mei depan.

PERAKTODAY1

Baginda turut berkenan meninjau kemudahan yang disediakan di pusat media berkenaan selama hampir 30 minit.

Seramai 470 petugas media daripada 45 agensi akan menggunakan Pusat Media berkenaan untuk membuat liputan sepanjang 15 hari istiadat berkenaan berlangsung bermula pada hari ini (3 Mei) sehingga 17 Mei depan.

Terdahulu baginda berkenan menghadiri Mesyurat Lembaga Pengampunan yang berlangsung di Istana Iskandariah dekat sini 10 pagi tadi.

sejurus selepas itu, Baginda turut berkenan berangkat ke majlis istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak yang bakal diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pagi tadi.

PERAKTODAY2

Dalam acara tersebut kesemua 10 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mengangkat sumpah jawatan untuk dikekalkan bagi tahun ketiga.

Istiadat Pertabalan sultan Perak dijangka berlansung esok 6 Mei jam 8.15 pagi dengan istiadat Tabal Adat .

Ia disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dan majis santapan pada sebelah tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");