Berita Hari Ini

Tabung Haji kekal jual tanah TRX

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji kekal dengan keputusan untuk menjual tanahnya seluas 0.63 hektar di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim, berkata transaksi berkenaan sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan akan membolehkan Tabung Haji memperoleh sedikit keuntungan.

“Kita telah buat keputusan jual dan telah ada pembeli,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hadiah kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pembeli tanah berkenaan. “Kita akan maklumkan dalam masa terdekat ini selepas kita memuktamadkan penjualan,” katanya.

Pada 9 Mei lalu, Tabung Haji memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas pembelian tanah berkenaan dari 1Malaysia Development Bhd menerima reaksi yang pelbagai dari orang ramai sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

Tabung Haji membeli tanah itu dengan harga RM188.5 juta. Sementara itu, qari dari Kelantan, Wan Ainuddin Abdullah, 33, dan qariah dari Pahang, Siti Husnaa Hassan, 23, menerima sebuah kereta Proton Preve setiap seorang, dengan nilai keseluruhan hadiah berjumlah hampir RM124,000, selepas muncul juara qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.

Tilawah berkenaan yang berakhir pada 25 April lalu diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara.” – BERNAMA

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");