Jenayah

Terima surat galak aktiviti judi

PASIR MAS – Persatuan Ayahanda-ayahanda Malaysia (Permas) Wilayah Timur mahu pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung penyebaran sampul surat mengandungi bimbingan untuk judi nombor ekor yang giat dilakukan di negeri ini.

Naib presidennya, Nik Lah Nik Soh berkata, pihaknya khuatir tindakan tersebut boleh mempengaruhi umat Islam untuk terlibat dengan aktiviti itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita tidak boleh ambil mudah perkara ini kerana boleh memberikan kesan jangka panjang jika dibiarkan berleluasa tanpa tindakan.

“Saya harap pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, umat Islam juga diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung perkara itu.

Katanya, ajaran Islam jelas menerangkan keburukan judi yang boleh memberikan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat.

Nik Lah berkata, kebanyakan sampul surat itu diletakkan di atas cermin kereta di kawasan parkir terbuka.

Katanya, ada yang sudah berani meletakkan sampul surat berkenaan di dalam peti surat rumah dan meninggalkannya di premis pejabat.

“Pihak yang menyebarkan sampul surat ini juga perlu peka dan tidak menyebarkannya di kawasan tempat tinggal umat Islam.

“Mereka sepatutnya menghormati dan perlu peka kerana ia melibatkan sensitiviti agama,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");