Panasnya Hari Ini

Tiada Isu Taat Pemimpin, KJ Tetap Terus Galas Amanah @khairykj

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, banyak desas-desus yang telah mempersoalkan tentang kesetiaan dan sokongan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta barisan Pemuda UMNO secara amnya terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berikutan wujudnya isu panas termasuklah berkaitan 1MDB.

Namun dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat Exco Pemuda Selasa lepas, Khary Jamaluddin dengan tegas menyatakan persoalan yang ditimbulkan mengenai 1MDB bukanlah bermaksud tidak taat kepada pemimpin.

Tetapi ianya perlulah dilihat secara yang tersirat yang mana tujuan sebenar Pemuda hanyalah untuk membantu mengembalikan sokongan rakyat terhadap presiden berhubung isu berkenaan melalui penjelasan yang terbaik.

Selain itu, harus dinilai semula segala hasil kerja yang dilakukan oleh beliau selaku Ketua Pemuda UMNO serta Menteri Belia dan Sukan sepanjang minggu lalu untuk difikirkan secara bersama.

Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Festival Belia Putrajaya 2015 (FBP2015) bermula daripada hari Jumaat hingga Ahad yang lalu dimana ianya telah berjaya menarik ratusan ribu belia bagi menghadirinya.

Selain itu, penganjuran Simposium Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang antaranya menarik dengan menampilkan jurulatih dari Jerman, Bernd Stober.

Sementara itu, beliau turut menghadiri Persidangan dan Pameran Industri Kecil dan Sederhana ASEAN pada 27 Mei lalu.
Itu hanya beberapa contoh yang mampu dinyatakan setakat ini dan ianya tidak termasuk lagi usaha giat Pemuda di serata negara yang terus-menerus menjadi sayap paling berjaya mendaftarkan ahli baharu iaitu kira-kira 10,000 orang sejak Februari tahun ini.

Tidak mengira pandangan dan tuduhan politik, beliau masih mampu meneruskan kerja dan amanah yang diberikan seperti kebiasaan.

Ternyata, khairy cukup menyokong kepimpinan parti dan presiden dengan mendekati dan memenangi hati anak muda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");