Sukan Hari Ini

Tiada slot automatik ke Singapura

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, tiada slot automatik akan diberikan kepada pemainnya untuk beraksi di Sukan Sea 2015 di Singapura, bulan depan.

Menurutnya, kesemua pemain harus melipatgandakan usaha jika ingin bermain pada temasya sukan dwitahunan itu.

Ini kerana, beliau sedikit gusar kemampuan dipamerkan pemain senior, Gary Stevan Robbat dan Rozaimi Abd Rahman ketika menentang pasukan Liga FAM, Real Mulia yang berkesudahan menang 4-1.

“Beberapa pemain senior perlu bangkit, saya harap mereka sedar kita hanya mempunyai tempoh dua minggu. Jika gagal mempamerkan prestasi yang baik dalam aksi persahabatan seterusnya, mereka akan digugurkan,” katanya.

Kim Swee dijangka menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan Sea 2015 pada 27 Mei ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");