Jenayah

Tidak tahan dibebani hutang saman kereta

KOTA BHARU – Tidak tahan dibebani hutang saman yang kini dikatakan mencecah RM1,000, kakitangan akademi memandu di sini merayu pembeli kereta Proton Saga miliknya tampil bagi membantu menyelesaikan masalah tukar nama hak milik kenderaan itu dengan segera.

Shamsudin Yunos, 55, berkata, kereta bernombor pendaftaran DU 3583 dijual sejak 2011 masih belum ditukar hak milik sehingga kini disebabkan kegagalan mengesan pemilik sebenar.

“Urusan penjualan kereta itu saya serahkan pada seseorang dan memintanya menyelesaikan urusan menukar hak milik, namun selepas kereta tersebut bertukar tangan, saya langsung tidak mengetahui statusnya sehingga menerima surat saman.

“Setelah disiasat urusan pertukaran hak milik tidak dilakukan dan lebih menyulitkan apabila maklumat pemilik terakhir tidak ada,” katanya ketika mengunjungi pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.

Shamsudin berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan pemilik baharu kenderaan itu, termasuk pergi ke setiap daerah di seluruh negeri ini, selain beberapa kali ke Terengganu untuk tujuan berkenaan.

“Mengikut surat saman yang saya terima, lokasi kesalahan di Terengganu, sebab itu saya putuskan untuk mengesannya di sana, namun sehingga hari ini masih gagal,” katanya.

Menurutnya, dia telah merujuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut sebelum disarankan mengeluarkan geran baharu, sekali gus menyebabkan geran yang ada pada pemilik sekarang terbatal.

“Saya berhasrat untuk membuat pelupusan kenderaan dengan JPJ tetapi tidak tergamak berbuat demikian buat waktu ini, jadi saya harap dalam tempoh sebulan ini, pemilik kereta berkenaan akan tampil dan menyelesaikan masalah ini, jika ia masih gagal, saya terpaksa melupuskannya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");