Berita Hari Ini

Tiga pasar tani kekal dibina di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Tiga pasar tani kekal bernilai antara RM1.5 juta dan RM1.7 juta akan dibina Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Terengganu tahun ini.

Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata, pasar tani berbumbung itu akan dibina di Kerteh (Kemaman), Kampung Nyior Tujuh (Besut) dan Tepoh (Kuala Nerus).

“Mengikut perancangan, semua pasar tani kekal itu akan siap dibina dan akan beroperasi akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasan berkata, hampir 80 usahawan tempatan akan dapat berniaga di setiapmpasar tani tersebut.

Dalam pada itu Hasan berkata, Fama juga akan membuka tiga lagi pasar tanimharian tahun ini menjadikan jumlah pasar tani harian di Terengganu 20 kesemuanya.

Beliau berkata, pasar tani tersebut masing-masing akan dibuka di Dataran Permata Seberang Takir (Kuala Nerus), Binjai Rendah (Marang) dan Pasir Akar (Besut).

Katanya pasar tani ini merupakan antara empat pasar tani yang dirancang oleh Fama untuk dibuka di Terengganu tahun ini manakala sebuah lagi pasar tani iaitu Pasar Tani Tepoh (Kuala Nerus) sudah dibuka April lalu.

Beliau berkata, keseluruhan pasar tani di Terengganu dapat memberi peluang perniagaan kepada lebih 1,200 orang usahawan setempat. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");