Perak Hari Ini

Tiga Pelatih Puspen Perlop Larikan Diri

SUNGAI SIPUT: Pihak Polis masih giat mengesan tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ( PUSPEN) Perlop yang melarikan diri sejak Isnin lalu.

Kehilangan tiga pelatih itu disedari pihak Puspen dengan penemuan sebatang kayu dan kain selimut yang tersangkut pada pagar berhampiran pejabat pentadbirannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Wan Jamil Wan Chik kejadian disedari oleh pegawai yang bertugas apabila rondaan dijalankan dan menjumpai barangan tersebut tersangkut pada pagar sekitar jam 7.05 minit pagi.

“Setelah dibuat pemeriksaan disetiap asrama, didapati  asrama A seorang pelatih dilaporkan tiada manakala di Asrama C pula dua org pelatih telah tiada dan dipercayai  telah melarikan diri dengan memanjat pagar,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian dipercayai berlaku antara jam lima hingga enam pagi semasa kesemua pelatih keluar untuk menunaikan solat Subuh.

Menurut sumber juga, salah seorang pelatih yang melarikan diri turut mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah pada pagar akibat tersangkut di duri pagar.

Pihak Puspen dan Polis kini giat berusaha bagi mengesan tiga pelatih berkenaan.

“Orang awam juga turut ternampak suspek berkenaan dan melaporkannya,” katanya.

Operasi diteruskan bagi mengesan suspek melibatkn Polis, Puspen, Rela dan penduduk kampung sekitar hampir 70 orang.

“Operasi mengesan diteruskan pada jam 9 pagi tadi dan bersambung sehingga jam 1 petang dengan memberi tumpuan pencarian di kawasan Felda Lasah,” katanya lagi.

Setakat ini pelatih tersebut masih gagal dikesan dan usaha pencarian akan diteruskan sehingga esok.

Pelatih yang melarikan diri ialah Mohd Sobri bin Abd Manaf,Shahizuan bin Ahmad Saad dan Mohd Firhan bin Norizan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");