Berita Hari Ini

TLDM: Tiada kapal Turki di perairan negara

SHAH ALAM – Sehingga kini tiada kapal tentera Turki memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menyelamat pelarian Rohingya.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

“Belum ada laporan berhubung perkara itu. Hasil tinjauan kami belum nampak kapal mereka di perairan (Malaysia),” katanya ringkas kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, heboh di media sosial bahawa kapal perang dari Turki sudah memasuki perairan negara untuk memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang masih berada di lautan.

Minggu lalu, agensi berita Turki melaporkan bahawa Perdana Menterinya, Ahmet Davutoglu memaklumkan tentera laut Turki sudah memulakan operasi menyelamat pelarian Rohingya di perairan Malaysia dan Thailand.

Katanya, operasi itu yang dibantu Organisasi Migran Antarabangsa (IOM) dan angkatan bersenjata Turki akan melakukan sedaya-upaya untuk menyelamatkan mana-mana bot pelarian Rohingya yang terkandas.

Sebelum ini, empat kapal TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Selangor, KD Kinabalu, KD Jerai dan KD Laksamana Muhammad Amin telah diturunkan bagi tujuan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan ribuan pelarian masih berada di laut dan menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi PBB, lebih daripada 25,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dalam tiga bulan terakhir tahun ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");