Sukan Hari Ini

Tottenham Hotspurs tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspurs bimbingan Mauricio Pochettino tiba di ibu negara, hari ini bersama barisan bintang sensasinya termasuk penyerang England, Harry Kane dan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Baharu saja menamatkan kempen EPL minggu lalu, Spurs hadir dengan barisan terkuat bagi perlawanan Piala AIA Kuala Lumpur 2015 menentang pasukan Malaysia XI dibimbing Dollah Salleh.

Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, esok bermula jam 8.45 malam.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy berkata kehadiran Spurs ke Malaysia adalah sebagai penghargaan kelab itu terhadap sokongan yang diberikan terutama daripada peminat kelab dari London itu.

“Kami bersedia untuk memberi peminat kami di sini peluang untuk menyaksikan pasukan Spurs beraksi menentang pemain terbaik di Malaysia sebagai cara menyatakan penghargaan kami,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu cukup teruja dengan kehadiran Tottenham ke Malaysia.

“Kita sudah menanti sekian lama untuk perlawanan ini dan saya percaya banyak yang boleh kita pelajari sebelum aksi kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya.

Kali terakhir Spurs membuat kunjungan ke Malaysia ialah pada 1979.

Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 0-4.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");