Jenayah

Tren bawah tanah berlanggar, 12 cedera

Tren bawah tanah berlanggar, 12 cedera Petugas kecemasan mula membaiki kerosakan disebabkan kemalangan pada Isnin lepas. – Foto sumber Twitter

MEXICO CITY – MEXICO. Seramai 12 penumpang dilaporkan cedera selepas dua tren bawah tanah berlanggar, Isnin lepas.

Datuk Bandar Mexico City, Miguel Ángel Mancera melalui laman Twitter beliau memaklumkan, kejadian berlaku di stesen metro Oceania.

“Terdapat penumpang yang cedera tapi tiada sesiapa yang terkorban,” kata ketua pegawai Bomba, Raúl Esquivel kepada CNN.

Sistem metro (tren bawah tanah) Mexico City bertanggungjawab menghubungkan 12 laluan utama tren yang menjadi laluan utama penduduk bandar tersebut.

Stesen Oceania merupakan stesen yang paling sibuk dalam rangkaian metro tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");