Jenayah

Tukang urut warga asing ditahan

SERDANG, 5 Mei:

Sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan urut dan pelacuran diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Seri Kembangan, lewat malam tadi

Seramai 19 wanita warga Vietnam, seorang warga Filipina dan seorang warga Indonesia ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai tukang urut dan memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Serbuan yang diketuai Inspektor Razali Md Kassim disertai seorang pegawai dan 13 anggota kira-kira jam 12.30 malam tadi, turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis berusia 27 tahun dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘mummy’ berusia 45 tahun.

Jurucakap polis berkata, 21 wanita warga asing yang ditahan berusia 17 hingga 45 tahun dipercayai dipaksa memberikan perkhidmatan seks susulan intipan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).

Menurutnya, sembilan daripada warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Premis ini menyediakan perkhidmatan tukang urut warga asing tanpa permit dan lesen sah serta bertujuan pelacuran.

“Siasatan mendapati premis yang beroperasi selama setahun lalu mempromosikan perniagaan melalui laman web sejak sebulan lalu,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas 432 keping kondom, tiga tiub pelincir dan wang tunai RM2,750 dipercayai hasil perniagaan.

Katanya, lima pelanggan premis turut ditahan untuk membantu siasatan.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

-http://bm.therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");