Jenayah

Wanita cedera dapur gas meletup

SEREMBAN – Seorang wanita cedera apabila dapur gas rumahnya meletup semasa membuat sarapan pagi, di Taman Palma PJ Perdana, di sini semalam.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hamizin Khaidir berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa, Ariza Ujang, 50, sedang memasak untuk keluarganya.

Katanya, sewaktu mangsa ingin menyalakan api di dapur gas, secara tiba-tiba berlaku letupan kecil di bahagian dapur masaknya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi, dan sampai ke lokasi kejadian pada jam 8.55 pagi. Rumah tidak terbakar, hanya mangsa sahaja tercedera akibat terkena haba panas daripada letupan kecil itu.

“Bagaimanapun, mangsa sudah dihantar ke hospital oleh jiran sebelum bomba sampai. Kami kemudiannya melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan agar tiada letupan berlaku lagi,” katanya.

Akibat daripada letupan kecil itu, cermin tingkap di bahagian dapur pecah dan beberapa plaster siling jatuh di bahagian ruang tamu.

Semasa kejadian hanya mangsa dan ibunya sahaja yang ada di rumah, namun ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan berada dalam di bahagian ruang depan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");