Jenayah

Warga emas disamun dua lelaki bertopeng

KOTA BHARU – Tidak sampai 24 jam sebuah pasar mini di Demit, Kubang Kerian disamun geng lelaki bertopeng dan menggunakan parang, kelmarin, sebuah kediaman seorang warga emas pula disamun dua lelaki bertopeng dalam kejadian di Jalan Pasir Puteh- Kubang Kerian di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang baru sahaja selesai solat Isyak terdengar bunyi pintu rumah diketuk dan mulanya ingat anaknya balik ke rumah.

Namun belum pun membuka pintu, mangsa terdengar suara seorang lelaki menyuruhnya membuka pintu dan mangsa dalam keadaan terpaksa akhirnya membuka pintu.

Mangsa kemudiannya ternampak dua lelaki memakai penutup muka terus meluru masuk dan menolak mangsa yang ketika itu berada seorang diri dalam rumah. Warga emas terbabit terjatuh ekoran ditolak suspek dan dalam keadaan itu, suspek turut dipaksa menyerahkan barang kemasnya.

Tidak cukup dengan desakan, suspek sanggup memukul mangsa di bahagian kepala dan belakang mangsa dan menarik rantai yang dipakai di lehernya di samping mengambil dua bentuk cincin di tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mangsa tinggal di rumah kayu yang tersorok di antara dua bangunan.

“Hasil siasatan dijalankan dapati mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana memakai penutup muka dan hanya beritahu fizikal mangsa seorang berkulit gelap dan berbadan gempal manakala seorang lagi berkulit putih dan mereka bercakap dalam loghat Kelantan,” katanya.

Rohaimi berkata, mangsa mengalami kecederaan kerana turut bergelut dengan suspek ketika suspek menarik rantai lehernya.

“Mangsa rugi kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barangan kemas yang dilarikan suspek,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");