Sukan Hari Ini

Waspada cabaran FELDA

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) tetap berwaspada dengan corak permainan FELDA United apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Pemangku jurulatih Ismail Ibrahim berkata, kekuatan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim sukar dijangka dan kesebelasan utama Johor DT yang akan diturunkan perlu berhati-hati dengan helah taktikal yang akan dipratikkan jurulatih berpengalaman itu.

Ismail menegaskan kelibat Luciano Figueroa sudah boleh digunakan pada saingan liga selepas didaftarkan semula sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 28 April lalu namun sama ada diturunkan atau sebaliknya bergantung kepada tahap kecergasannya yang mengalami kecederaan ketika aksi Piala AFC.

“Mungkin ada rombakan di posisi pertahanan, tengah dan sayap selepas Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Luciano tampak tidak cergas dan saya belum membuat keputusan untuk merehatkan ketiga-tiga pemain itu.

“Semuanya bergantung kepada keputusan fisioterapi dan jika kecederaan ketiga-tiga pemain itu tidak serius mungkin mereka diturunkan tapi saya lihat keadaan Marcos tampak samar untuk beraksi.

“Kemenangan ke atas East Bengal pada aksi Piala AFC, Selasa lalu memberi suntikan semangat kepada pemain selepas kami tewas 1-2 kepada Perak, baru-baru ini dan moral pemain juga tampak tinggi untuk berdepan FELDA United,” katanya.

Ismail menjelaskan Johor DT tidak boleh tewas pada perlawanan itu dan pemain juga tampak begitu bersemangat untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka berdepan FELDA United.

“Saya jangkakan ia pertembungan menarik kerana pasukan lawan pasti menurunkan pemain import baru, Thiago Augusto Fernandes yang mungkin memberi tekanan kepada benteng pertahanan Johor DT.

“Musim lalu kami menentang FELDA United empat kali termasuk aksi separuh akhir Piala Malaysia dan saya yakin pemain sudah memahami corak permainan pasukan itu,” ujar Ismail. – http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");