Sukan Hari Ini

Woods, Vonn umum perpisahan selepas tiga tahun bercinta

SAN FRANCISCO: Bintang golf dunia, Tiger Woods dan pemain ski Olimpik Amerika Syarikat, Lindsey Vonn mengesahkan perpisahan mereka, hari ini selepas hampir tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Vonn, 30, menerusi akaun Facebook miliknya mengumumkan perpisahan itu sebelum Woods kemudian mengesahkannya menerusi laman web rasmi.

“Selepas hampir tiga tahun bersama, saya dan Woods secara persetujuan bersama memutuskan untuk menamatkan hubungan kami,” kata Vonn.

“Saya akan sentiasa menghargai kenangan yang kami lalui bersama. Malangnya, kedua-dua kami menjalani rutin hidup cukup sibuk yang memaksa kami lebih banyak menghabiskan masa dengan berjauhan.”

Sementara itu, Woods, 39 pula berkata: “Saya cukup mengagumi, menghormati dan sayang kepada Vonn dan saya akan sentiasa menghargai masa ketika bersamanya.

“Dia cukup disenangi kedua-dua anak saya dan seluruh ahli keluarga lain. Malangnya, kami cukup sibuk dengan keperluan dalam karier sukan dan sukar untuk mempunyai masa bersama.”

Woods bergelar duda selepas bercerai dengan bekas model dari Sweden, Elin Nordegren pada 2010. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");