Perak Hari Ini

1,500 Usahawan Tani Dilahirkan Di Perak

BIDOR: Seramai hampir 1,500 usahawan tani telah berjaya dilahirkan di negeri ini yang bukan sahaja disertai oleh golongan lama, tetapi turut disertai oleh golongan muda yang mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) Negeri Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan berkata, beliau percaya dengan pengetahuan luas yang dimiliki oleh lepasan graduan tersebut, golongan itu akan membantu hasrat kerajaan untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020.

“Walaupun kita berniaga secara kecil-kecilan, tetapi dengan kemahiran dan kepakaran yang ada, saya percaya matlamat untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui perniagaan juga dapat dicapai,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Simpang Tiga, di sini, pagi tadi.
PERAK TODAY 11
Beliau percaya bahawa golongan ini akan menceburi bidang perniagaan dalam konteks yang lebih besar dengan pengetahuan luas yang dimiliki oleh mereka itu.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga.

“Kita juga ada agensi dan jabatan yang boleh memberikan latihan dan pembiayaan seperti TEKUN dan juga pinjaman mikro.

PERAK TODAY 9

“Apatah lagi di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), pendapatan rakyat B40 perlu dipertingkatkan daripada RM2,500 kepada RM5,000,” jelas beliau lagi.

Samsudin turut berkata, walaupun usahawan tani merupakan satu perniagaan secara kecil-kecilan, dengan kemahiran dan pengalaman yang ada, beliau percaya matlamat untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui perniagaan dapat dicapai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");