Berita Hari Ini

1MDB hadir prosiding PAC, sedia beri kerjasama penuh

Kuala Lumpur: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semalam mengesahkan semula kehadiran dan memberi komitmen untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam satu kenyataan semalam, 1MDB mengulangi komitmennya, sebagaimana diumumkan pada 25 Mei, 2015, untuk menghadiri prosiding itu.

“1MDB mempunyai keyakinan terhadap proses PAC dan percaya anggotanya menjalankan peranan mereka secara adil dan profesional,” demikian menurut syarikat pembangunan strategik itu dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kenyataan spekulatif dalam media semalam, yang memetik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta anggota Parlimen PJ Utara dan anggota PAC, Tony Pua yang mempersoalkan sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda akan menghadiri prosiding PAC pada Ogos ini, kata 1MDB. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");