Jenayah

2 beradik hilang dihantar balik rumah

LENGGONG – Dua beradik, Norfazlinda Mohamad Saidi dan Siti Amirah Nadiha yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Tasik Raban, di sini, sejak Khamis lalu, pulang pagi, kelmarin.

Bapa, Mohamad Saidi Osman, 53, berkata, anak gadisnya pulang ke rumah selepas anggota polis Gerik mengambil dua remaja terbabit di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Menurutnya, dua anaknya itu dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda tertekan ketika dibawa pulang ke rumah.

“Mereka telah pulang ke rumah dalam keadaan selamat kira-kira jam 7 pagi semalam, tiada masalah apa pun.

“Saya terkejut juga bila keluar cerita kata anak saya masih hilang sedangkan mereka sudah berada di rumah sejak pagi semalam (kelmarin) lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, katanya, dua anak gadisnya tidak keluar rumah begitu sahaja sebaliknya ada seorang lelaki berusia 15 tahun yang membawa mereka.

“Mereka tidak keluar sendiri, ada orang lelaki bawa mereka keluar.

“Lelaki itu kata mahu kahwin dengan dia tapi macam mana nak kahwin, umur baru 15 tahun,” katanya.

Saidi turut berharap berita mengenai kehilangan anaknya tidak lagi disebarkan memandangkan kedua-duanya telah kembali ke pangkuan keluarga.

“Sebelum ini, berita kehilangan anak-anak saya disebarkan dengan luas dan ia turut membantu kepada penemuan mereka.

“Namun, saya harap berita kepulangan mereka juga disebarkan kepada orang lain. Biar orang tahu mereka telah pulang supaya mesej kehilangan mereka sebelum ini dapat dihentikan.

Kisah dua gadis hilang dari rumah mereka di Lenggong menjadi viral dalam laman sosial, baru-baru ini, selepas pelbagai pihak menyebarkannya dalam usaha membantu mencari dua beradik itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");