Perak Hari Ini

2,000 Bekas Bubur Lambuk Diagihkan Kepada Orang Ramai

IPOH: Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk telah disediakan oleh pihak Taiko Prima Housing Sdn Bhd bersama Hotel Syuen untuk diedarkan kepada orang ramai.

PERAKTODAY1

Menurut Ketua Pengarah Taiko Prima, Nazrin Cheong Abdullah pengagihan bubur lambuk kali ini merupakanya pertama kali seumpamanya dijalankan.

“Ini merupakan kerjasama dengan Hotel Syuen bagi mengagihkan bubur lambuk dan kurma untuk semua termasuk bukan Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, program agihan bubur lambuk tersebut akan dijadikan acara berterusan setiap tahun kelak.

PERAKTODAY

“Program agihan bubur lambuk ini merupakan kerjasama kali pertama dengan Hotel Syuen dan dijangka akan dijalankan secara berterusan,” katanya lagi.

Sekitar 4 petang tadi, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil bubur lambuk tersebut yang diedarkan berhadapan dengan hotel berkenaan.

“Kali ini penganjuran secara ringkas setelah mengambil kira kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

PERAKTODAY4

Tambahnya lagi, sempena Bulan Ramadhan ini juga selain mengedarkan bubur lambuk, Taiko Prima juga dijangka mengadakan program berbuka puasa bersama anak yatim 11 Jun depan.

Bubur lambuk berkenaan dimasak khas oleh chef Hotel Syuen dan diedarkan kepada orang ramai secara percuma.

PERAKTODAY2

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");