Perak Hari Ini

23 Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Sertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

IPOH: Sebanyak 23 Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi dari seluruh Malaysia telah menyertai Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Yatim bersama Bikers yang diadakan di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai hampir 500 ahli kelab tersebut turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan termasuklah dari negeri Perak, Perlis, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan juga dari negara Singapura.

PERAK TODAY 28

Majlis juga dihadiri dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Program yang diadakan bersempena Karnival Gempak Raya 2015 itu telah disertai oleh seramai 16 orang anak yatim dari Pertubuhan Nur Kasih Bestari dari Bota.

Pada majlis yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta di bahagian belakang Stadium Ipoh tersebut, satu tabung khas untuk bantuan bagi mangsa gempa bumi di Sabah turut dilancarkan.

PERAK TODAY 23

Nizar dalam ucapannya berkata, majlis seperti itu dapat mengeratkan silaturahim di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama dengan golongan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat untuk melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kehadiran kesemua ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi ke negeri ini terutamanya bagi karnival Gempak Raya 2015 ini.

“Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab dengan masyarakat,” kata beliau.

PERAK TODAY 30

Sementara itu, menurut penganjur program berkenaan, Mohd Fazli Ramli, majlis berkenaan mampu merapatkan lagi hubungan antara ahli kelab dengan anak-anak yatim berkenaan.

“Merapatkan silaturahim dan ukhwah sesama biker serta menambah lagi kenalan antara semua kelab disamping merapatkan hubungan dengan anak-anak yatim yang turut hadir,” katanya.

PERAK TODAY 21

Beliau juga berkata, pada majlis berkenaan, satu tabung untuk mencari dana bagi mangsa gempa bumi di Sabah juga turut dilancarkan.

“Malam ini buat pertama kalinya satu tabung untuk mengutip dana daripada semua kelab bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Sabah dilancarkan.

“Diharapkan dengan bantuan ini, ianya dapat membantu mangsa yang berada dalam kesusahan berkenaan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");