Perak Hari Ini

250 Bungkusan Sahur Diedarkan Kepada Anggota Beruniform

IPOH: Gerakan Pemuda UMNO Perak dan Biro Keselamatan Awam Exco Pemuda UMNO Malaysia mengagihkan 250 bungkusan sahur kepada pasukan beruniform kerajaan yang terpilih awal pagi tadi.

SILVER YOUTH2 (2)

Menurut Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor program ini adalah bertujuan bagi menghargai para anggota beruniform kerajaan selain memberi peluang untuk saling mengeratkan silaturrahim dan beramah mesra sempena Ramadhan kali ini.

Turut hadir sama Biro Keselamatan Awam,  pemuda UMNO Malaysia, Muammar Ghadaffi Haamaludin.

SILVER YOUTH4

“Selain daripada itu sebagai tanda penghargaan sebelum ini terdapat banyak program berbuka yang dianjurkan tetapi bagi kali ini kita memilih untuk diadakan  program bersahur,” katanya.

Tambahnya lagi, insiatif tersebut tersebut antara lain sebagai tanda menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh para anggota beruniform selama ini.

SILVER YOUTH3

Sebanyak 250 bungkusan berserta air minuman diedarkan di beberapa lokasi terpilih seperti bahagian kecemasan dan wad bersalin Hospital Permaisuri Bainun, Balai Bomba dan Jabatan pertahanan Awam Malaysia (Perak).

Ujar Hairul lagi, langkah ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara semua pihak selain mendekatkan pemimpin dan rakyat.

SILVER YOUTH1

“Ini adalah langkah untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak ada yang merasakan terpinggir,” katanya lagi.

Program yang julung-julung kali dianjurkan pada bulan Ramadhan kali ini dikatakan berjaya mendapat sambutan cukup baik.

“Pada tahu hadapan jika ianya berjaya program ini akan diteruskan pada tahun berikutnya,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");