Jenayah

Ditangkap ketika curi cadar

KUANTAN – Cubaan seorang lelaki yang juga penagih dadah mencuri kain cadar dalam sebuah pasar raya di sini tidak berjaya apabila dia ditahan pengawal keselamatan sejurus keluar dari premis itu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 petang itu, suspek berusia 51 tahun pada mulanya berpura-pura sebagai pelanggan sebelum bergegas keluar dalam keadaan mencurigakan.

Tindak-tanduknya mencurigakan itu disedari pengawal keselamatan sebelum lelaki itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pengawal berusia 40 tahun itu mendapati suspek cuba menyorok sesuatu dalam bajunya.

Menurutnya, suspek yang terkedu selepas ditahan akhirnya menyerahkan kembali kain cadar berharga RM129 yang disorokkan dalam bajunya dan mengakui cuba membawa keluar tanpa membayarnya.

“Susulan kejadian, pengawal keselamatan itu menghubungi polis dan menyerahkan suspek kepada anggota yang tiba ke lokasi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut dan hasil semakan rekod mendapati lelaki berasal dari Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak Baru, di sini memiliki 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati penganggur itu positif dadah jenis Methamphetamin,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");