Perak Hari Ini

284 Veteran ATM Terima Pingat Jasa Malaysia

TAIPING: Seramai 284 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada 16 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) telah menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis yang dianjurkan di sini, hari ini.

Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Wira Mohd Noor Daud sambil disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zahir yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, majlis yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM cawangan negeri Perak dengan kerjasama PVATM cawangan Kamunting berkenaan bertujuan untuk memberikan anugerah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh bekas tentera dalam menentang pengganas komunis satu ketika dahulu.

PERAK TODAY 4

Ujarnya, jasa yang ditunjukkan oleh anggota veteran ATM bukan sahaja terhenti setakat itu, malahan mereka turut mendapat kepercayaan untuk menjadi ketua di beberapa institusi di negeri ini.

“Kalau kita tengok pun banyak institusi-institusi yang ada dalam masyarakat kita sama ada institusi masjid, surau, ketua kampung, JKKK, persatuan taman yang menjadikan anggota veteran ATM ini sebagai ketua.

“Terdapat anggota veteran yang memegang jawatan dan mereka menjadi antara orang yang mencorakan institusi-institusi ini,” kata beliau dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam majlis itu juga, Zahir turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada veteran yang hadir.

PERAK TODAY 3

Tambahnya, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan veteran ATM berkenaan dan telah memberikan beberapa bantuan untuk meringankan bebanan mereka.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita memang telah melancarkan tapak-tapak rumah untuk bekas anggota tentera yang mana ia akan memberikan keutamaan kepada mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menurut Datuk Wira Mohd Noor Daud, kesemua bekas anggota tentera digalakkan untuk berdaftar dengan persatuan bagi memudahkan urusan bantuan yang akan disalurkan kepada mereka.

“Kesemua veteran ini digalakkan untuk terus berpersatuan kerana dengan ini mereka dapat mengeratkan lagi silaturahim dan perhubungan mereka ini agar tidak terputus.

“Selain itu, ia adalah untuk memudahkan untuk kita supaya dapat mengemukakan kepada mereka sekiranya terdapat bantuan-bantuan kerajaan yang hendak diberikan kepada mereka,” kata beliau lagi.

PERAK TODAY 2

Beliau juga turut menyeru agar kesemua veteran ATM ini untuk menggunakan pengalaman mereka ketika berjuang menentang komunis satu masa dahulu untuk terus menjaga keamanan negara.

“Saya minta kepada semua veteran ATM ini supaya terus menjaga keamanan negara dan teruskan kesinambungan mereka untuk mengekalkan kemakmuran negara.

“Hal ini demikian kerana pengalaman yang mereka ada dahulu semasa berkhidmat adalah sangat penting dan amat berguna untuk diterapkan kepada masyarakat awam,” tambah beliau lagi.

PERAK TODAY 1

Pingat Jasa Malaysia (PJM) merupakan sebuah ‘Campaign Medal’ yang telah diperkenalkan oleh Yang Dipertuan Agung ke-12.

Pingat berkenaan diwujudkan untuk memberi pengiktirafan terhadap keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang ditunjukkan oleh anggota bagi ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut.

Ia diberikan khusus kepada anggota ATM yang terlibat dalam memerangi pengganas komunis secara langsung mahupun tidak langsung di antara tahun 1969 hingga 1989 di Semenanjung serta sehingga tahun 1990 di Sabah dan Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");