Membawang Hari Ini

4.4 Juta Dengar Rangkaian Radio Star

PETALING JAYA: Kumpulan Radio Star mencatatkan 16 peratus peningkatan terhadap jumlah pendengarnya dalam masa seminggu, menjadikan pendengar terbaharu di semua saluran radio itu berjumlah 4.4 juta orang, seminggu.

Ketua Pegawai Operasi kumpulan radio itu, Kudsia Kahar berkata, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh agensi pengukuran rating GfK, empat stesen radio milik Star Group berjaya menguasai pendengar dewasa yang menetap di bandar.

“Kami menguasai 89 peratus daripada pendengar yang berada di Bandar dan 60 peratus terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas.

“Sebanyak 50 peratus daripada pendengar berumur 20 hingga 39 tahun,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, stesen Suria FM menjadi radio berbahasa Malaysia dengan kenaikan paling tinggi mengatasi pesaing lain.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin pula berkata, prestasi stesen itu meningkat dalam jumlah yang memberangsangkan.

“Jumlah pendengar Suria FM mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dan menjadikan keselurahan pendengar sebanyak 2.8 juta seminggu.

“Segmen Suria Cinta dan Ceria Pagi dilihat paling berjaya diantara segmen-segmen di dalam stesen radio berbahasa Malaysia yang lain,” katanya.

Bagi stesen 988, ia masih mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio berbahasa Cina kedua di Malaysia dan nombor satu di Pulau Pinang.

Pendengar stesen ini sudah mencapai tahap membanggakan selepas mencecah 1.3 juta orang seminggu.

Kumpulan Radio Star melantik GfK bagi menjalankan ukuran sejak 2014.

Syarikat penyelidakan antarabangsa itu memperkenalkan kaedah bersepadu dan meliputi pelbagai cara seperti pengambilan data secara mudah alih dan atas talian.

Kumpulan Radio Star mempunyai empat stesen radio popular iaitu Suria FM, Red FM, 988 FM dan Capital FM.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");