Sukan Hari Ini

Aaliyah puas

Impian Aaliyah Yoong Hanifah (gambar) untuk meraih emas dalam acara keseluruhan wanita terlaksana apabila dia berjaya mengumpul mata tertinggi di Bedok Reservoi semalam.

Atlet berusia 11 tahun itu mengungguli kategori keseluruhan wanita dengan mengumpul 2155.26 markah menewaskan peluncur Indonesia, Nur Alimah Prambodo (1553.68) dan Kee Kalya Marisa Lee dari Singapura (1408.38).

Menurutnya, resepi utama untuk cemerlang ialah memberi sepenuh perhatian ketika beraksi walaupun semalam dia bermula dengan perlahan.

“Saya mengatur langkah demi langkah untuk memastikan aksi saya terutama dalam disiplin tricks berlangsung dengan sempurna,” katanya yang meraih emas kedua apabila Jumaat lalu menggondol emas sulung di temasya ini untuk acara tricks.

Jelasnya, aksi yang dilakukan ketika di tasik berkenaan seolah-olah seperti menarik dan apabila tamat dia sangat berpuas hati.

“Saya rasa bangga kerana sekali lagi berjaya melakukannya (meraih emas) dan dia tidak berdepan sebarang masalah terutama ketika melakukan ‘backflip’ serta ‘reverse blackflip’ dengan sempurna.

“Aksi ini tidak sukar jika kita belajar cara yang betul dan mahir melakukannya, ia akan menjadi. Tidak ramai peluncur boleh melakukan ‘backflip’ dan ‘reverse blackflip’,” katanya yang meraih perak dalam acara jump kelmarin.

Pelajar Sekolah Antarabangsa Nexus Putrajaya itu berkata secara keseluruhan, dia berpuas hati dengan persembahannya semalam lebih-lebih lagi berjaya meraih markah yang cukup tinggi.

Pada Sukan SEA 2011 Indonesia, Aaliyah berjaya membawa pulang satu emas dalam acara tricks.

Sementara itu, abang tiri Aaliyah, Alex Yoong yang juga bekas Formula Satu (F1) meraih pingat perak kategori keseluruhan lelaki semalam dengan 2217.69 markah.

Emas acara berkenaan dimenangi Febrianto Kadir dari Indonesia (2236.32) sementara gangsa menjadi milik rakan sepasukannya, Hermana Ade (2073.21).

-www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");