Panasnya Hari Ini

Ada Pihak Cuba Jatuhkan Hadi

KUALA LUMPUR: Ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lantang menyatakan pendiriannya mengenai perjuangan PAS menimbulkan perasaan cemburu rakan-rakan Pakatan sehingga ada pihak tertentu yang seolah-olah bertindak ingin menjatuhkannya sebagai pemimpin parti itu.

Memetik laporan Sinar harian, Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pemimpin dari DAP , Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilihat antara yang banyak menyerang pemimpin PAS itu bermungkinan kerana kredibiliti Abdul Hadi kini sukar untuk digugat.

“Lim Guang Eng tidak mampu mempengaruhi PAS untuk mengikut segala kehendak beliau walaupun sudah banyak perkara dibuat.

“Ternyata ketegasan Presiden PAS dicemburui dan itu sebenarnya menunjukkan PAS penentu kepada hala tuju Pakatan Rakyat (PR),” katanya menurut laporan Sinar Harian itu lagi.

Katanya lagi, kehendak pemimpin DAP terhalang kerana kredibiliti pemimpin PAS tidak berjaya digugat.

Katanya lagi, kedua-duanya pemimpin pembangkang itu membuat pelbagai serangan bagi mengikis keyakinan ahli lantas mencabar kredibiliti Abdul Hadi dan berkeingin untuk mempengaruhi ahli supaya tidak memberi sokongan menjelang pemilihan PAS, Jun ini.

Azman turut mengulas tentang sikap DAP yang cuba bersikap campur tangan dalam pemilihan parti lain adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Katanya, pemilihan PAS tidak perlu campur tangan mana-mana pihak luar kerana PAS juga tidak pernah mencampuri urusan parti lain walaupun rakan PR sendiri.

Beliau turut percaya, serangan terhadap Abdul Hadi akan berterusan selagi pemilihan belum berlangsung.

“Saya yakin bahawa serangan yang berlaku itu tidak sesekalai akan mengikis keyakinan ahli-ahli untuk memberi sokongan padu terhadap Abdul Hadi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");