Sukan Hari Ini

Afrika Selatan nafi bayaran AS$10 juta untuk merasuah FIFA

GENEVA: Afrika Selatan hari ini menafikan pembayaran AS$10 juta dibuat untuk merasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2008 untuk penganjuran Piala Dunia 2010 di negara itu.

Ia perkembangan terbaharu dalam siasatan skandal rasuah jutaan dolar yang menyelubungi badan induk bola sepak dunia itu.

Setakat ini dua siasatan berasingan dijalankan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland berhubung dakwaan penyelewengan dan rasuah membabitkan FIFA dengan beberapa pegawai tertingginya sudah ditahan dan didakwa di AS.

Beberapa pegawai tertinggi bola sepak juga sudah disoal siasat oleh penyiasat Switzerland dan Presiden FIFA, Sepp Blatter kemungkinan diheret dalam siasatan sekiranya diperlukan pada masa depan, demikian menurut penyiasat Switzerland.

Presiden Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan, Danny Jordaan mengesahkan hari ini bahawa jawatankuasa penganjur membuat bayaran AS$10 juta pada 2008, namun menegaskan ia bukannya rasuah.

“Saya tidak membayar atau mengambil rasuah daripada sesiapa dalam hidup saya. Kami tahu siapa yang disebut di sana (dalam siasatan),” kata Jordaan kepada akhbar Sunday Independent.

“Macam mana kami boleh bayar rasuah untuk undi empat tahun lalu sedangkan kami sudah menang bidaan (tuan rumah) itu?,” kata Jordaan.

Jordaan berkata, bayaran itu adalah satu pemberian Afrika Selatan kepada Konfederasi Bola Sepak Utara, Tengah Amerika dan Caribbean (CONCACAF) bagi dana pembangunan bola sepaknya. – AFP/ http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");