Membawang Hari Ini

Aiman rasa bertuah

Beruntung sungguh penyanyi baru Aiman Ismail, 26, apabila mendapat lagu ciptaan daripada penyanyi Indonesia yang juga komposer iaitu Denis Chairis.

Dia yang juga bekas vokalis kumpulan Nirwana popular dengan lagu Sudah Cukup Sudah.

Berikutan populariti lagu dan lirik ciptaan Denis itu, ramai penyanyi di Indonesia memintanya menciptakan lagu untuk mereka.

Namun, pintu hatinya hanya mula terbuka untuk memberi lagu ciptaannya kepada Aiman berjudul Cintamu Palsu.

Aiman kini bernaung di bawah syarikat produksi dan penerbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd (PPR) milik Datuk Ayu Putih dan untuk menerbitkan lagu Aiman, Ayu bekerjasama dengan Life Records.

“Denis yang kini bergerak sendiri juga berada di bawah label syarikat rakaman yang sama. Mungkin kerana itu juga dia rela memberikan lagunya kepada saya. Semoga lagu itu memberi kejayaan kepada saya.

“Satu lagi lagu ciptaan Denis ialah Khabarkan Aku. Klip video kedua-dua lagu itu juga sudah siap dibuat di Jakarta, Januari lalu. Peminat boleh menonton klip video Cintamu Palsu di YouTube tetapi untuk klip video lagu Khabarkan Aku hanya boleh ditonton selepas Aidilfitri nanti.

“Sebagai artis baru saya rasa bertuah dan bersyukur apabila syarikat menyediakan peluang besar seperti ini,” katanya.

Menceritakan pembabitan awalnya dalam dunia seni, jelas Aiman dia bermula sebagai kru sambilan syarikat produksi dan apabila rakannya beritahu PPR mencari artis rakaman dia menghantar demo lagu nyanyiannya.

“Saya pilih lagu Itu Kamu, nyanyian kumpulan Estranged kerana saya amat meminati lagu itu yang mana pada satu lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri. Alhamdulillah, Datuk Ayu tertarik dengan nyanyian saya dan terus diambil menjadi artis syarikatnya,” katanya.

Aiman pernah menimba pengalaman menyertai program The Band dan berada dalam kalangan 20 peserta terbaik.

Jejaka ini yang turut meminati dunia pelancongan menyimpan hasrat untuk membuka syarikat pelancongan suatu hari nanti.

“Buat masa ini saya sedang belajar selok-belok perniagaan daripada Datuk Ayu,” katanya.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");