Isu Panas, Panasnya Hari Ini

Anwar Khuatir Isu Dalaman PR

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan beliau berhubung perkembangan politik dalaman Pakatan Rakyat (PR) terutamanya yang membabitkan kerjasama di antara PAS dan DAP.

Anwar berkata demikian menerusi satu kenyataan media dari Penjara Sungai Buloh yang disampaikan melalui peguam beliau, N Surendran yang mengadakan pertemuan dengan beliau di penjara tersebut.

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan PR yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

“Saya juga kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS,”katanya.

Memetik laporan daripada mStar, Anwar turut menggesa agar PAS mengkaji semula usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS, Sabtu lalu.

“Saya gesa rakan politik kami, PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini,”katanya.

Terdahulu, PAS telah sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP yang telah dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat.

Tindakan tersebut diambil berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak DAP terhadap PAS dan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaubagaimanapun, usul berkenaan turut mengkehendaki PAS untuk terus kekal di dalam Pakatan Rakyat bersama PKR.

Surendran yang juga Ahli Biro Politik PKR turut berkata, Anwar turut menghantar pesanan khusus kepada Hadi dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkaitan isu berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");