Panasnya Hari Ini

Anwar Masuk Hospital Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipindahkan daripada Penjara Sungai Buloh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan sebelum ini, beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Memetik laporan daripada mStar, bekas Ketua pembangkang itu kini ditempatkan di Wad 28, hospital berkenaan, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Fahmi lagi, ahli keluarga Anwar akan turut hadir bagi menziarahi beliau kira-kira jam 7 malam ini di hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul sebelum ini telah memaklumkan bahawa kesihatan Anwar semakin merosot sejak berikutan beliau telah mengalami tekanan darah yang tidak menentu selain daripada mengalami simpton najis berdarah.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, Anwar telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak dimasukkan ke dalam penjara bagi menjalani hukuman pada Februari lalu.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu di atas dakwaan liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Anwar dan beliau telah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");