Berita Hari Ini

Apa makna sumpah kalau dedah rahsia?

KUALA LUMPUR – Penjawat awam diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan urusan pentadbiran kerajaan dengan kepentingan peribadi dan fahaman politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, apabila tugasan penjawat awam dipolitikkan, tanggungjawab utama mereka akan terabai dan tidak diuruskan dengan sempurna.

“Kerja kita sebagai penjawat awam, (bila) dipolitikkan, inilah yang masalah yang timbul, benda yang objektif jadi subjektif.

“Benda yang sepatutnya tidak penting, dijadikan penting, benda yang patut diuruskan, tapi tidak diuruskan, kerana ada campur tangan politik dan peribadi dalam kerja kita,” katanya pada perasmian Seminar Kelestarian Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Antara Isu dan Cabaran di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan juga berkata, sikap segelintir anggota Kabinet yang mendedahkan hasil mesyuarat kerajaan baru-baru ini telah melanggari integriti penjawat awam dan sumpah simpan rahsia.

“Dalam dunia internet sekarang ini dunia alam maya begitu cepat, kadang-kala kita dalam mesyuarat apa isi dalam mesyuarat dizahirkan serta-merta.

“Jadi apakah makna sumpah yang kita ambil waktu kita memegang jawatan tersebut atau sumpah itu tidak sah?” soalnya.

Sementara itu, beliau berkata lagi, sebagai wakil PAC, ada kalanya beliau sendiri dalam dilema untuk menyiasat pelbagai isu dan kontroversi khususnya melibatkan ‘kawan’.

“PAC kena periksa apa yang dilakukan penjawat kerajaan dan akhirnya apa yang dilakukan oleh menteri-menteri, kawan kita juga, kadang-kala pengerusi GLC dari BN kawan juga.

“Macam mana kita nak siasat kawan kita? Jadi nak siasat kawan macam mana, kalau tak siasat kawan kita, kita (dilihat) tak laksanakan tanggungjawab kita,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");