Sukan Hari Ini

Arsenal, Chelsea capai persetujuan

ARSENAL didakwa mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk mendapatkan Petr Cech musim depan selepas pemain berkenaan membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama The Blues.

Menurut laporan Daily Star, perbincangan diadakan antara kedua-dua kelab berkenaan dan difahamkan kata sepakat dicapai mengenai bayaran untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu.

The Gunners dilaporkan sedia membayar £14 juta (RM82.7 juta) untuk mengikat Cech seperti mana yang diletakkan oleh Chelsea.

Difahamkan, pemain Queens Park Rangers (QPR), Robert Green bakal menggantikan posisi Cech.

Sebelum ini, Cech mendedahkan bahawa dia tidak mahu menghabiskan kariernya di Stamford Bridge sebagai pemain gantian kepada Thibaut Courtois.

Cech menyertai Chelsea pada 2004 memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, satu trofi Liga Juara-Juara dan tiga gelaran Piala Liga.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");