Membawang Hari Ini

Ayda Jebat pilih Maya Karin

KEHADIRAN pendatang baharu ini dalam industri seni lakonan tidak dipandang sepi, malah sepanjang dua tahun kebelakangan ini, namanya sering menjadi sebutan ramai.

Berjaya menggondol beberapa anugerah hiburan, nama Ayda Jebat bukan lagi asing dalam industri malah, setakat ini dia berjaya mengumpul kelompok peminat yang tersendiri.

Mula mencuri perhatian ramai menerusi drama bersiri, Rindu Awak 200%, karya itu membawa Ayda mendaki populariti.

Berdiri sebagai pelakon versatil, Ayda turut melahirkan keinginan untuk berada di samping aktres hebat untuk menguji kemampuan lakonannya.

“Untuk pelakon lelaki, saya tidak pernah terbayangkan sesiapa, namun untuk aktres hebat, saya teringin nak bekerja bersama Maya Karin dan Fasha Sandha.

“Bagi saya, mereka adalah selebriti yang mempunyai kehebatan tersendiri dan eksklusif. Mereka mempunyai aura yang lain dari yang lain.

“Tambahan pula, mereka adalah di antara idola saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ayda memberitahu dia bakal muncul dalam drama terbaharu sempena Ramadan, M.A.I.D.

“Drama ini menggandingkan saya dengan Zul Arifin sekali lagi dan drama ini turut mempertaruhkan single pertama saya, Siapa Diriku, garapan Omar K, sebagai lagu tema,” katanya yang lebih mengutamakan bidang lakonan berbanding nyanyian.

-SInar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");