Panasnya Hari Ini

Azmin Hanya Gemar Berpolitik- Noh Omar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hanya lebih gemar berpolitik tanpa memikirkan masalah yang dihadapi rakyat akibat krisis air yang berlaku di Selangor kini.

Ujarnya masalah tambah meruncing apabila kini dalam suasana menyambut ramadhan dan Syawal namun permasalahan air di Selangor masih belum ada kesudahan.

Menurut Noh lagi, Dewan Rakyat kali ini bawa usul khas hanya untuk membincangkan kedudukan air yang turut dihadiri bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim .

Namun bagaimanapun usul tersebut tidak disertai oleh orang paling penting iaitu Menteri Besar, Azmin Ali yang jgua merupakan Ahli Parlimen Gombak berikutan beliau ke Kuala Krai bagi menyerahkan bantuan rumah kepada mangsa banjir di situ.

“Persoalannya kenapa Menteri Besar Selangor pergi ke Kuala Krai sedangkan Ahli Parlimen Kuala Krai berada di Dewan Rakyat.

“Ahli Parlimen Kuala Krai pun tidak balik ke kawasannya tetapi Menteri Besar Selangor pula ke sana,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Azmin hanya mahu berpolitik sehingga tidak menghiraukan masalah dihadapi rakyat Selangor.

“Dia ingin menjadi jaguh politik pergi ke Kuala Krai jelas menunjukkan tidak mementingkan rakyat Selangor yang berhadapan masalah air.

“Banyak kawasan yang terjejas Hulu Langat, beberapa kawasan lain dan dia masih cuba bermain politik,” ujarnya.

Tambahnya lagi, segala kebenaran permit pengambilan tanah telah dibekukan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Biarpun kerajaan negeri Selangor beri air percuma sekalipun apa makna kalau air tak mencukupi.

“Apabila Dewan Rakyat membincangkan masalah air tetapi Menteri Besar Selangor sanggup tidak hadir dan ke Kuala Krai sedangkan ahli parlimen kawasan tersebut tidak pulang ke kawasan sendiri,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");